Chemical Engineering Student Society(ChESS)

Assalamualaikum,

Setelah lama blog ini tidak di update. Rasanya hampir setahun. Tetapi kini dengan Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang baru dilantik baru baru ini, diharap blog ini akan di update sekerap mana yang boleh.

Sempena dengan semester yang agak baru ini, beberapa aktiviti telah dianjurkan oleh pihak uitm yang telah disertai oleh kelab ChESS. Pada 18 dan 19 Januari yang lalu, telah diakan Expo Kelab dan Persatuan (EXKEP) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang. Antara pertandingan yang di anjurkan ialah booth terbaik, kostum terbaik dan banyak lagi. Malangnya Booth ChESS tidak memenangi apa apa kategori pada EXKEP tempoh hari. Tapi kami tetap puas hati dengan booth kami yang agak cantik walaupun di siapkan dengan tempoh masa yang sekejap :)



Antara AJK yang bertugas :)
Kemudian, pada 25 Januari yang lalu Hari Anugerah Kelab dan Persatuan (HAK) peringkat UiTM Pulau Pinang telah diadakan. Kelab ChESS tercalon bagi hampir semua kategori tapi malangnya tidak dapat membawa pulang apa apa anugerah. Jangan putus asa! Insyaallah pada masa akan datang kelab ChESS bakal menerima apa apa anugerah. 


Wakil kelab ChESS pada malam HAK bersama En Zahir dan En Syazwan.
Akan tetapi berita baik menjelma pada keesokkan harinya pabila Kelab ChESS UiTM Pulau Pinang mendapat Anugerah Program Inovatif dan Kreatif Terbaik iaitu Science Invention and Innovation Competition (SIIC). Tahniah di ucapkan bagi kelab ChESS yang diketuai oleh saudara Muhammad Mubarak Fahmi pada semester lepas. Di harap pencapaian ini akan dikekalkan dan ditingkatkan pada masa akan datang lebih lebih lagi kelab ChESS telah dipimpin oleh saudara Kamal Fahmi baru baru ini. Tahniah dan syabas di ucapkan sekali lagi.

Sekian dahulu laporan kegiatan kelab ChESS. Blog ini akan di update dari semasa ke semasa. Teruskan membaca! Terima kasih! :)

Wassalam.




0 Responses

Post a Comment